Nama Terbaik Untuk Permata Hati
Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.
“…dan Dia mengajarnya
kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)
Dari ayat di atas,
terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita
khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat
penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.
Islam merupakan agama yang
sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti
pengenalan umat Islam.
Rasulullah bersabda,
“Di antara kewajipan
seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang
baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka
ingin berkahwin.” (Al-Hadith)